~dR. tolong la reply emel saya!

saya da update blog

saya da update blog

saya da update blog

_sekian_

(tolong beri saya kekuatan untuk jadi kuat semester ini)

(saya perlu struggle dgn byk perkara)

::1. Program kolej yg sumenye even besar::

::2. Saya nak berbakti untuk Biro Akademik kesayangan saya::

::3. Project Paper!!::

::4. dan Si Incik Hati. Hanya tinggal 7 minggu je lagi dia di sini::

~~owh!saya sangat takowt~~

++rahim,akak da updet blog.yeay!++

December 29, 2009. Uncategorized. 9 comments.

~Ini adalah entri baru saya~

Hari ini merupakan hari yang ke 24 selepas umur aku berganjak ke angka 23 tahun. Even umor da rase cam agak tua bangka, tapi untuk besday kali ni aku dapat hadiah yang ‘estemewa’ sgt dari beberapa orang teman aku sangat sayang dlm idop aku. Aku rasa belom telambat aku say thanks kat semua yang memperingati aku (wah, memperingati!)

~~~
Pertama.
Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat dari adik-comel-sekosmet-aku. Aziany Riziana Azahari. Hadiah yang disampaikan di pintu bilik 50 Malinja masa KKC 22 serius wat aku kata “comelnye awak ni Aziany”. She is a very sweet young girl.Thanks sgt2 atas coklat ini. Akak sangat hargainya.

~~~
Kedua. (Part ni aku suke)
Tadi. Ye baru je tadi, aku dapat hadiah dari bff kesayangan. Rashidah Nur Sidek. Huhu. At first aku pegang hadiah tu, rasa cam frame. Sekali bila sampai bilik, aku bukak WAH, BUKU RESEPI. Tajuk buku tu Cooking for Girls. Dan buku tu sangat sweet dan sangat comel. Betul aku tak tipu. Buka tu kaler baby blue dengan tulisan pink. Boleh bukak and dia akan berdiri cam kalender. Dalam tu ada macam-macam jenis resepi, dan yang paling best ade resepi cupcake yang aku nak try. Dan shida bagi buku ni pon sebab cuti aritu aku berkobar-kobar blaja masak sebab rasa umo cam da tua tapi masak still aku tak tau. Haha. (Aku berjaya masak beberapa resepi oke cuti aritu. Tepok tepok). Shida, aku sangat touching dengan hadiah ni. Serius. Thanx sangat2 kat ko. Aku akan simpan sampai aku mati. Sayang gila jat adiah ni and sayang ko sangat-sangat jugak!!

Cantik kan? Buku resepi ni bile bukak boleh berdiri macam kalender.

Buku resepi ni fully coloured. Comei sangat.

~~~
Seterusnya.
Dan untuk seterusnya adalah gambar kek birthday aku. Hehe. Kek yang disusuli dengan sambutan bithday dan kemudian dua serangan ; serangan buih (bukan pesta buih ye) dan juga serangan tepong. Terima kasih kepada planner dan sume2 MTM yang terlibat. Again birthday aku kene masa KKC. Dan kerana itu kat atas kek tu tertera ‘HAPPPY KKC CT MARKONAH WOW!!!’ (aku tau ini idea sape, haha).

~~~~
Dan.
Hadiah yang paling istimewa adalah terkandung dalam kotak hijau pemberian incikhati. Gembira bukan kepalang. Sangat. Apa yang terkandung dalam kotak itu, biarlah aku dan dia je yg tau. Tapi, sepatutnya hadiah ni diberikan dengan keadaan yang istimewa. Tapi, aku telah mem’spoil’kan keadaan. Maaf sangat2. Tapi walau ape pon, aku sangat hargai isi kandungan kotak ijau itu. Terima kasih kepada incikhati. Terima kasih yang amat sangat kerana sentiasa berusaha menggembirakan hati saya. (>.<)


Terima kasih juga kepada semua yang wish. Aku hargainya sangat. Kepada best-fren-forever aku, shida-fira-ct-amy-dal-ecah; thanx kat korang semua di atas sebuah persahabatan yang sangat bermakna. Aku sayang sangat-sangat kat korang. Persahabatan ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam erti sebuah sahabat. Tanpa korang semua, zaman degree aku takkan bermakna. Sayang korang yang amat sangat. Kepada sahabat-sahabat emtiem aku, korang semua juga adalah keluarga besar aku. Seronok bersama dengan korang.

Cioooww

December 10, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

Protected: ~Entri ini untuk IncikHati~

This post is password protected. To view it please enter your password below:


December 6, 2009. incik hati. Enter your password to view comments.

~Lelah~

~~

Bila hilang mungkin aku belajar menghargai.

Kerana aku sedar ego makin meninggi.

Bencilah jika layak dibenci.

Kerna aku sendiri pon tak fahami maksud hati.

~~

December 1, 2009. incik hati, melankolik. 4 comments.

Kini terhapdet blog aku dengan isi ntahpape.

Tiada mood dan idea untuk hapdet blog.
Hari-hari bila online, jenguk blog, then terus tutup.
Bosan barangkali dengan blog sendiri.
Seminggu hampir belalu selepas KKC.
Kenangan yang paling jelas adalah bintik-bintik merah yang gatal ni.
Mesti jadi parut nanti. Huh!! Buruk la kaki aku.
Lupakan soal kaki. Aku nak ucapkan tahniah seribu kali tahniah buat 37 peserta KKC 22, 30 orang fasi (termasuk fasi jemputan) dan pihak pengurusan kerana berjaya menjayakan KKC 22 ni.
Tahniah juga buat pengarah KKC 22; Wok Ida di atas kejayaan KKC 22.
Dan nyata aku sangat risaukan souvenir yang ko dapat dari tangga Sg Dara.
Moga ko cepat sembuh. Dan harap keadaan jd makin better.

~~~
Rumah still sunyi. Mak masih di kampung.
Ayah keje. Adik keje. Malam baru balik.
Kakak? Merambu. Memanfaatkan cuti sekolah dia.
Aku? Hurm, rasa cam nak balik kolej sekarang jugak.
Bosan yang amat duduk kat umah. Sebbek rumah ni tak besar.
Senang nak uruskan kotak empat segi ni.
Dan sebbek kat umah ni ada Bella.
Kucing comel ni la yang wat aku tejaga pagi tadi sebab bising perut dia lapar.
Sori ek Bella, lupa nak letak friskies kat dapur.
Aku tengok Bella. Bella tengok aku. Haha.
Boleh la. Nanti bila aku da belaki boleh la aku tengok laki aku. Ekeke.

~~~

Result aku da cek. Hasilnya macam _________ (isi la sendiri tempat kosong ni).
Sedih sangat dengan result sendiri.
Sepanjang blaja aku tak penah dapat result mcm ni.
Busy sangat ke aku sampai study pon huruhara. Tak jugak rasnya.
Tapi penat itu ya. Agak penat sem ni.
Da tua barangkali.
Saat ni tengah layan lagu The Brantaz. Terbujur kaku. Best.
K la. Nanti bila aku boring nanti aku hapdet lagi k.
Cioowwww.
(Bella, say goodBYE cepat!!) eiyawwww~~~

December 1, 2009. campus life, familia, friends. 10 comments.

~~ona is getting 23 now~~

Hari ini adalah hari aku meningkat tua. Jumlah aku hidup kat dunia ni da capai 23 tahun. Satu angka yang banyak jika nak dibandingkan dengan tahap kematangatan aku. Dan kali ni besday aku disambut dengan sangat best!! Haha. Dan serangan fasa dua yang aku tak jangka. Tahun lepas besday aku masa KKC dan aku jadi peserta. Kali ni KKC jugak tapi aku sebagai fasi. Dua tahun sambutan besday yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Terima kasih untuk geng emtiem yang merancang plan tersebut.

Mastermind: Aida (aku agak dah), wandy (awak!! a.k.a tukang pegang kek), Qamarul, Ida

Konco-konco: Ajaq, Fad, Not, Megat, K. Shanie, Maziah, Odah, Dalila, Tim, Zai, Marazila, Fidot, Mimi, Ada, Mai, Wong, Ai, Kiran, Alex, Aziany

Memang aku tak sangka aku kene dua fasa serangan. Buih tu memang wat aku pekak kejap. Dan tepong tu memang wat aku buta kejap. Haha. Tapi yang nyata aku sangat hepi. SANGAT SANGAT SANGAT HEPI. Even aku dan korang sume penat dengan segala keje KKC dan program2 lain yang nak kene settle sebelom KKC , tapi aku sangat TACING sbb korang sempat jugak celebs bday aku!!!! Wink wink (>.<). Aku makin sayangkan hubungan emtiem aku. Thnx kepada mastermind yang tersenarai di atas. Dan thanx jugak kepada awak. Tahun ni celebs sama-sama lagi. Hehhe. Dan tak lupe kat my bFF yang wish kat aku~shida, ct, amy, fira, dalila, ecah. Aku sayang korang jugak, sangat2, serius. Dan kepada kawan2 lain yang wish jugak, lin, husna, kak fara, peisha, khayma dll (sori if tak sebut), tnx for your besday wishes. Kepada adik, tnx jugak wish!!

SELAMAT HARI TUA ONA!!!!!!!!!!!!!!

::perlu tunaikan janji along::

::gmbr akan diupload later::tunggu oke::</p

November 18, 2009. for fun, incik hati, kotak hati kecil. 6 comments.

~Entri panjang~Agak panjanglah sebenarnya~

Groundfloor mahsuri kolej canselor da senyap sunyi. Hampir 85.9 peratus dari penghuni blok (yakni manusia) da balik ke kampung halaman masing-masing. Kalau dulu, aku adalah salah seorang daripada manusia yang berkobar-kobar nak balik umah tu, tapi cuti semester kali ini, aku lain sikit. Hanya kerana aku bergelar ‘Cik Emtiem’. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tatkala warga kolej yang lain menikmati cuti sem diorang. Semester depan adalah semester ke enam aku. Semester akhir aku berada di UPM. InsyaAllah. Sangat tak sangka, kejap beno-beno masa berlalu. Da hampir enam tahun aku abadikan hidop aku kat UPM. Bermula dengan kehidupan sebagai pelajar Diploma, aku sangat naif dan kebudak-budakkan masa mengenal erti dunia universiti. Selepas SPM, dengan tiada pengalaman langsung hidup berdikari, tak penah basuh baju sendiri, makan emak yang masak, bangun tido ayah yang kejut, bila nangis ada akak yang pujuk, ada adik yang jadi teman gadoh. Tapi bila masuk U, sume kene wat sendiri. Tapi itu semua dulu. Masa zaman diploma. Habis diploma tak tahu arah tuju hidop melainkan dalam kepala hanya terfikirkan nak sambung degree. Ayah kata, tak cukup zaman sekarang dengan diploma. Ayah beria-ria dalam diam nak aku sambung degree. Ye, aku tau segala signal yang ayah bagi. Dan dengan berkat doa mak dan ayah, aku dapat sambung degree. Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia.

~~~~~~~

Fasa kedua hidup di universiti aku dapat rasakan aku menjadi orang yang berbeza. Berbeza dalam banyak perkara. Aku sangat sayangkan fasa diploma aku sebab dalam fasa itulah aku kenal erti persahabatan, the do and don’t dalam friendship, kenal erti matured. Permulaan fasa degree, aku tetapkan matlamat yang aku akan perolehi segala-gala yang aku gagal perolehi masa fasa diploma dulu iaitu segala pengalamana dan ilmu to make myself marketable dalam dunia pekerjaan. ~~~~ Kolej Canselor. Sarat dengan pelbagai memori aku untuk fasa degree. Lebih sarat daripada fasa diploma dulu. Dan nyata fasa degree aku lebih bermakna dan lebih berharga. Dan semester depan adalah semester akhir. Semester yang sesak dengan kerja, kerja-kerja emtiem dan juga project paper. Kadang-kadang rasa takut kalau-kalau aku tak mampu nak berhadapan dengan sume kerja-kerja tu. Masih belum cukup berjasa aku pada kolej. Harapan aku semester hadapan sangat tinggi. Apa harapannya biarlah aku yang faham. Sebab pelbagai perkara yang aku harapkan ; study-emtiem-personal life-famili. Nak nyatakan takut bila tak tercapai malu pulak. Hehe.

::kerja kerja dan kerja:i loike::maaf sgt2 kepada seseorang::

November 15, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 7 comments.

~~~disturbia.

Everybody try to reflect like they know what is actually happened.
If you don’t know what is the real things that happened,
just keep your mouth shut.
Don’t pretend like you are the perfect person that can give advises.
Plus, i don’t even need it.
And its don’t affect me at all.
I know how to handle my own problems oke.
Shuh, just go away!
Talk to the hand lah!!

*another unstable monologue*hate it*

November 13, 2009. kotak hati kecil. Leave a comment.

~Tiba-tiba saya rasa macam-macam. Macam best dan tak best. Ape-apelah.

Now, it is my turn to be tagged. Thanx kepada sesiapa yang men-tag itu.Hehe

1. My ex…
boyfren is with sumbody else..do i care?

2. Maybe I should…
turn back time. I will stop him to do  that mistakes. Tiba-tiba teringat pada dia. Wah!

3. I’d love…
to eat and sleep. definitely. no doubt.

4. People would say that I am..
sengal.yup i admit it. so what?

5. I don’t understand….
why certain people love mathematic so much. coz i hate it.

6. When I wake up in the morning…
i will said “oh, da tengah hari rupenye”

7. I trust…
in Allah.

8. Life is…
in your hand.u decide what u wanna be.

9. My past taught me..
that i need to strong.matured oso.

10. I get annoyed when…
people keep telling me dat i’m skinny.haha

11. Parties are..
tupperware party.

12. I wish…
to have hundred wishes. (i wish.amin)

13. Dogs…
is hanjing.hanjing itu haram.

14. Cats…
is bella. kucing itu takot dgn aku stiap kali balik umah.

15. Tomorrow is…
shopping and muvee day with shida.

16. I have a low tolerance for…
people that always spitting at anywhere. no menace oke.

17. If I had a million dollars…
i will send my parent to naek haji. Amin.

18. I’m totally terrified of…
kene gatal2. scary.

19. When I look at the night sky I think…
of my future. (including who my future husband might be)

November 11, 2009. campus life, familia, incik hati, kotak hati kecil. Leave a comment.

wonderwoman. here i come.

Dari kabaran dari sorang teman. Teman baik. Minta pertolongan. Dan kali ini aku perlu bantu dia sangat-sangat. Dia akan dilanda musibah, malapetaka, bencana kalau aku tak tolong dia. Jadi aku mesti tolong. Kalau aku tak tolong, maka, dia akan dilanda malang selama satu semester. Don wori my pren, aku akan tolong ko sehabis daya. Aku makin bengang pulak dengan budak-budak-pembawa-disaster tu. Noktah.

Hurm. Hari ke 3 berada kat umah. As always nothing much i do at home melainkan melantak tak sudah-sudah. Ohyea, i got new hair cut, specially cut for KKC. Dan esok beta akan kembali ke kolej semula. Meneruskan segala-gala keje yang tertunggak. Banyak keje-keje yang menanti. Tadi pengarah da kol, huhu, perlu berkerja keras untuk projek mega itu. Baek bos, i’m coming back tomorrow. Report duty on tomorrow nite k. Huhu~~

KKC is around the corner. Project paper also (zero progress). My big and mega program also need to run harder. Now, i get new task ~ AJK dekorasi for HRD Conference, tu pon big program jugak. Next semester is going to be my tough semester ever. Hope i can do my very very best. Hope i can divide my time and space properly. InsyaAllah. So untuk sem depan aku kene jadi wonderwoman. Perlu tangkas, macam superman. Perlu kuat macam popeye. Perlu macho macam batman (ada kaitan ke). Perlu sabar macam cinderella. Perlu berani macam mulan. Perlu kekal cemerlang~~~

::i miss my rumet::i miss my frens::

November 10, 2009. Uncategorized. 4 comments.

Next Page »