~dR. tolong la reply emel saya!
saya da update blog
saya da update blog
saya da update blog
_sekian_
(tolong beri saya kekuatan untuk jadi kuat semester ini)
(saya perlu struggle dgn byk perkara)
::1. Program kolej yg sumenye even besar::
::2. Saya nak berbakti untuk Biro Akademik kesayangan saya::
::3. Project Paper!!::
::4. dan Si Incik Hati♥. Hanya tinggal 7 minggu je lagi dia di sini::
~~owh!saya sangat takowt~~
++rahim,akak da updet blog.yeay!++
♥
~Ini adalah entri baru saya~
Hari ini merupakan hari yang ke 24 selepas umur aku berganjak ke angka 23 tahun. Even umor da rase cam agak tua bangka, tapi untuk besday kali ni aku dapat hadiah yang ‘estemewa’ sgt dari beberapa orang teman aku sangat sayang dlm idop aku. Aku rasa belom telambat aku say thanks kat semua yang memperingati aku (wah, memperingati!)
~~~
Pertama.
Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat dari adik-comel-sekosmet-aku. Aziany Riziana Azahari. Hadiah yang disampaikan di pintu bilik 50 Malinja masa KKC 22 serius wat aku kata “comelnye awak ni Aziany”. She is a very sweet young girl.Thanks sgt2 atas coklat ini. Akak sangat hargainya.
~~~
Kedua. (Part ni aku suke)
Tadi. Ye baru je tadi, aku dapat hadiah dari bff kesayangan. Rashidah Nur Sidek. Huhu. At first aku pegang hadiah tu, rasa cam frame. Sekali bila sampai bilik, aku bukak WAH, BUKU RESEPI. Tajuk buku tu Cooking for Girls. Dan buku tu sangat sweet dan sangat comel. Betul aku tak tipu. Buka tu kaler baby blue dengan tulisan pink. Boleh bukak and dia akan berdiri cam kalender. Dalam tu ada macam-macam jenis resepi, dan yang paling best ade resepi cupcake yang aku nak try. Dan shida bagi buku ni pon sebab cuti aritu aku berkobar-kobar blaja masak sebab rasa umo cam da tua tapi masak still aku tak tau. Haha. (Aku berjaya masak beberapa resepi oke cuti aritu. Tepok tepok). Shida, aku sangat touching dengan hadiah ni. Serius. Thanx sangat2 kat ko. Aku akan simpan sampai aku mati. Sayang gila jat adiah ni and sayang ko sangat-sangat jugak!!
Cantik kan? Buku resepi ni bile bukak boleh berdiri macam kalender.
Buku resepi ni fully coloured. Comei sangat.
~~~
Seterusnya.
Dan untuk seterusnya adalah gambar kek birthday aku. Hehe. Kek yang disusuli dengan sambutan bithday dan kemudian dua serangan ; serangan buih (bukan pesta buih ye) dan juga serangan tepong. Terima kasih kepada planner dan sume2 MTM yang terlibat. Again birthday aku kene masa KKC. Dan kerana itu kat atas kek tu tertera ‘HAPPPY KKC CT MARKONAH WOW!!!’ (aku tau ini idea sape, haha).
~~~~
Dan.
Hadiah yang paling istimewa adalah terkandung dalam kotak hijau pemberian incikhati. Gembira bukan kepalang. Sangat. Apa yang terkandung dalam kotak itu, biarlah aku dan dia je yg tau. Tapi, sepatutnya hadiah ni diberikan dengan keadaan yang istimewa. Tapi, aku telah mem’spoil’kan keadaan. Maaf sangat2. Tapi walau ape pon, aku sangat hargai isi kandungan kotak ijau itu. Terima kasih kepada incikhati. Terima kasih yang amat sangat kerana sentiasa berusaha menggembirakan hati saya. (>.<)

Terima kasih juga kepada semua yang wish. Aku hargainya sangat. Kepada best-fren-forever aku, shida-fira-ct-amy-dal-ecah; thanx kat korang semua di atas sebuah persahabatan yang sangat bermakna. Aku sayang sangat-sangat kat korang. Persahabatan ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam erti sebuah sahabat. Tanpa korang semua, zaman degree aku takkan bermakna. Sayang korang yang amat sangat. Kepada sahabat-sahabat emtiem aku, korang semua juga adalah keluarga besar aku. Seronok bersama dengan korang.
Cioooww
~Lelah~
~~
Bila hilang mungkin aku belajar menghargai.
Kerana aku sedar ego makin meninggi.
Bencilah jika layak dibenci.
Kerna aku sendiri pon tak fahami maksud hati.
~~
Kini terhapdet blog aku dengan isi ntahpape.
Tiada mood dan idea untuk hapdet blog.
Hari-hari bila online, jenguk blog, then terus tutup.
Bosan barangkali dengan blog sendiri.
Seminggu hampir belalu selepas KKC.
Kenangan yang paling jelas adalah bintik-bintik merah yang gatal ni.
Mesti jadi parut nanti. Huh!! Buruk la kaki aku.
Lupakan soal kaki. Aku nak ucapkan tahniah seribu kali tahniah buat 37 peserta KKC 22, 30 orang fasi (termasuk fasi jemputan) dan pihak pengurusan kerana berjaya menjayakan KKC 22 ni.
Tahniah juga buat pengarah KKC 22; Wok Ida di atas kejayaan KKC 22.
Dan nyata aku sangat risaukan souvenir yang ko dapat dari tangga Sg Dara.
Moga ko cepat sembuh. Dan harap keadaan jd makin better.
~~~
Rumah still sunyi. Mak masih di kampung.
Ayah keje. Adik keje. Malam baru balik.
Kakak? Merambu. Memanfaatkan cuti sekolah dia.
Aku? Hurm, rasa cam nak balik kolej sekarang jugak.
Bosan yang amat duduk kat umah. Sebbek rumah ni tak besar.
Senang nak uruskan kotak empat segi ni.
Dan sebbek kat umah ni ada Bella.
Kucing comel ni la yang wat aku tejaga pagi tadi sebab bising perut dia lapar.
Sori ek Bella, lupa nak letak friskies kat dapur.
Aku tengok Bella. Bella tengok aku. Haha.
Boleh la. Nanti bila aku da belaki boleh la aku tengok laki aku. Ekeke.
~~~
Result aku da cek. Hasilnya macam _________ (isi la sendiri tempat kosong ni).
Sedih sangat dengan result sendiri.
Sepanjang blaja aku tak penah dapat result mcm ni.
Busy sangat ke aku sampai study pon huruhara. Tak jugak rasnya.
Tapi penat itu ya. Agak penat sem ni.
Da tua barangkali.
Saat ni tengah layan lagu The Brantaz. Terbujur kaku. Best.
K la. Nanti bila aku boring nanti aku hapdet lagi k.
Cioowwww.
(Bella, say goodBYE cepat!!) eiyawwww~~~

