~Entri panjang~Agak panjanglah sebenarnya~

Groundfloor mahsuri kolej canselor da senyap sunyi. Hampir 85.9 peratus dari penghuni blok (yakni manusia) da balik ke kampung halaman masing-masing. Kalau dulu, aku adalah salah seorang daripada manusia yang berkobar-kobar nak balik umah tu, tapi cuti semester kali ini, aku lain sikit. Hanya kerana aku bergelar ‘Cik Emtiem’. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tatkala warga kolej yang lain menikmati cuti sem diorang. Semester depan adalah semester ke enam aku. Semester akhir aku berada di UPM. InsyaAllah. Sangat tak sangka, kejap beno-beno masa berlalu. Da hampir enam tahun aku abadikan hidop aku kat UPM. Bermula dengan kehidupan sebagai pelajar Diploma, aku sangat naif dan kebudak-budakkan masa mengenal erti dunia universiti. Selepas SPM, dengan tiada pengalaman langsung hidup berdikari, tak penah basuh baju sendiri, makan emak yang masak, bangun tido ayah yang kejut, bila nangis ada akak yang pujuk, ada adik yang jadi teman gadoh. Tapi bila masuk U, sume kene wat sendiri. Tapi itu semua dulu. Masa zaman diploma. Habis diploma tak tahu arah tuju hidop melainkan dalam kepala hanya terfikirkan nak sambung degree. Ayah kata, tak cukup zaman sekarang dengan diploma. Ayah beria-ria dalam diam nak aku sambung degree. Ye, aku tau segala signal yang ayah bagi. Dan dengan berkat doa mak dan ayah, aku dapat sambung degree. Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia.

~~~~~~~

Fasa kedua hidup di universiti aku dapat rasakan aku menjadi orang yang berbeza. Berbeza dalam banyak perkara. Aku sangat sayangkan fasa diploma aku sebab dalam fasa itulah aku kenal erti persahabatan, the do and don’t dalam friendship, kenal erti matured. Permulaan fasa degree, aku tetapkan matlamat yang aku akan perolehi segala-gala yang aku gagal perolehi masa fasa diploma dulu iaitu segala pengalamana dan ilmu to make myself marketable dalam dunia pekerjaan. ~~~~ Kolej Canselor. Sarat dengan pelbagai memori aku untuk fasa degree. Lebih sarat daripada fasa diploma dulu. Dan nyata fasa degree aku lebih bermakna dan lebih berharga. Dan semester depan adalah semester akhir. Semester yang sesak dengan kerja, kerja-kerja emtiem dan juga project paper. Kadang-kadang rasa takut kalau-kalau aku tak mampu nak berhadapan dengan sume kerja-kerja tu. Masih belum cukup berjasa aku pada kolej. Harapan aku semester hadapan sangat tinggi. Apa harapannya biarlah aku yang faham. Sebab pelbagai perkara yang aku harapkan ; study-emtiem-personal life-famili. Nak nyatakan takut bila tak tercapai malu pulak. Hehe.

::kerja kerja dan kerja:i loike::maaf sgt2 kepada seseorang::

Advertisements

November 15, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik.

7 Comments

  1. putraim replied:

    cayok3x…..:-)

  2. qdetactive replied:

    ok. yang penting happy

  3. lurunna replied:

    makhayam!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: