~Ini adalah entri baru saya~

Hari ini merupakan hari yang ke 24 selepas umur aku berganjak ke angka 23 tahun. Even umor da rase cam agak tua bangka, tapi untuk besday kali ni aku dapat hadiah yang ‘estemewa’ sgt dari beberapa orang teman aku sangat sayang dlm idop aku. Aku rasa belom telambat aku say thanks kat semua yang memperingati aku (wah, memperingati!)

~~~
Pertama.
Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat dari adik-comel-sekosmet-aku. Aziany Riziana Azahari. Hadiah yang disampaikan di pintu bilik 50 Malinja masa KKC 22 serius wat aku kata “comelnye awak ni Aziany”. She is a very sweet young girl.Thanks sgt2 atas coklat ini. Akak sangat hargainya.

~~~
Kedua. (Part ni aku suke)
Tadi. Ye baru je tadi, aku dapat hadiah dari bff kesayangan. Rashidah Nur Sidek. Huhu. At first aku pegang hadiah tu, rasa cam frame. Sekali bila sampai bilik, aku bukak WAH, BUKU RESEPI. Tajuk buku tu Cooking for Girls. Dan buku tu sangat sweet dan sangat comel. Betul aku tak tipu. Buka tu kaler baby blue dengan tulisan pink. Boleh bukak and dia akan berdiri cam kalender. Dalam tu ada macam-macam jenis resepi, dan yang paling best ade resepi cupcake yang aku nak try. Dan shida bagi buku ni pon sebab cuti aritu aku berkobar-kobar blaja masak sebab rasa umo cam da tua tapi masak still aku tak tau. Haha. (Aku berjaya masak beberapa resepi oke cuti aritu. Tepok tepok). Shida, aku sangat touching dengan hadiah ni. Serius. Thanx sangat2 kat ko. Aku akan simpan sampai aku mati. Sayang gila jat adiah ni and sayang ko sangat-sangat jugak!!

Cantik kan? Buku resepi ni bile bukak boleh berdiri macam kalender.

Buku resepi ni fully coloured. Comei sangat.

~~~
Seterusnya.
Dan untuk seterusnya adalah gambar kek birthday aku. Hehe. Kek yang disusuli dengan sambutan bithday dan kemudian dua serangan ; serangan buih (bukan pesta buih ye) dan juga serangan tepong. Terima kasih kepada planner dan sume2 MTM yang terlibat. Again birthday aku kene masa KKC. Dan kerana itu kat atas kek tu tertera ‘HAPPPY KKC CT MARKONAH WOW!!!’ (aku tau ini idea sape, haha).

~~~~
Dan.
Hadiah yang paling istimewa adalah terkandung dalam kotak hijau pemberian incikhati. Gembira bukan kepalang. Sangat. Apa yang terkandung dalam kotak itu, biarlah aku dan dia je yg tau. Tapi, sepatutnya hadiah ni diberikan dengan keadaan yang istimewa. Tapi, aku telah mem’spoil’kan keadaan. Maaf sangat2. Tapi walau ape pon, aku sangat hargai isi kandungan kotak ijau itu. Terima kasih kepada incikhati. Terima kasih yang amat sangat kerana sentiasa berusaha menggembirakan hati saya. (>.<)


Terima kasih juga kepada semua yang wish. Aku hargainya sangat. Kepada best-fren-forever aku, shida-fira-ct-amy-dal-ecah; thanx kat korang semua di atas sebuah persahabatan yang sangat bermakna. Aku sayang sangat-sangat kat korang. Persahabatan ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam erti sebuah sahabat. Tanpa korang semua, zaman degree aku takkan bermakna. Sayang korang yang amat sangat. Kepada sahabat-sahabat emtiem aku, korang semua juga adalah keluarga besar aku. Seronok bersama dengan korang.

Cioooww

Advertisements

December 10, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik.

6 Comments

  1. putraim replied:

    maaf x hdiah dr sy tuk akk… yg hnya sy mmpu hnya doa agar akk dipnjngkn usia dan hdup dibwh lmbyung rahmat MAHA ESA….

    • silentmonologue replied:

      wah,tenkiu rahim..doa rahim pon da cukop wat akak tersenyum ni… whheeeeiiii (>_<)

  2. lurunna replied:

    Ct Markonah…!!!
    thn dpn anda da warga emas oke!

    • silentmonologue replied:

      oh tidak.kenapa anda sedarkan saya fakta itu.nak beli anlene gold,ebene,kusi ogawa,poliden yg lekat gigi palsu tu dll.pasti!

  3. putraim replied:

    sila bersihkan sawang2 yang ade ok!!!! arahan!!! hahaha

    • silentmonologue replied:

      alo rahim, tak sompek..takdo maso.takdo ideo.nway, tnx a lot coz alwiz jenguk2 this blog 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: