~Ini adalah entri baru saya~

Hari ini merupakan hari yang ke 24 selepas umur aku berganjak ke angka 23 tahun. Even umor da rase cam agak tua bangka, tapi untuk besday kali ni aku dapat hadiah yang ‘estemewa’ sgt dari beberapa orang teman aku sangat sayang dlm idop aku. Aku rasa belom telambat aku say thanks kat semua yang memperingati aku (wah, memperingati!)

~~~
Pertama.
Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat dari adik-comel-sekosmet-aku. Aziany Riziana Azahari. Hadiah yang disampaikan di pintu bilik 50 Malinja masa KKC 22 serius wat aku kata “comelnye awak ni Aziany”. She is a very sweet young girl.Thanks sgt2 atas coklat ini. Akak sangat hargainya.

~~~
Kedua. (Part ni aku suke)
Tadi. Ye baru je tadi, aku dapat hadiah dari bff kesayangan. Rashidah Nur Sidek. Huhu. At first aku pegang hadiah tu, rasa cam frame. Sekali bila sampai bilik, aku bukak WAH, BUKU RESEPI. Tajuk buku tu Cooking for Girls. Dan buku tu sangat sweet dan sangat comel. Betul aku tak tipu. Buka tu kaler baby blue dengan tulisan pink. Boleh bukak and dia akan berdiri cam kalender. Dalam tu ada macam-macam jenis resepi, dan yang paling best ade resepi cupcake yang aku nak try. Dan shida bagi buku ni pon sebab cuti aritu aku berkobar-kobar blaja masak sebab rasa umo cam da tua tapi masak still aku tak tau. Haha. (Aku berjaya masak beberapa resepi oke cuti aritu. Tepok tepok). Shida, aku sangat touching dengan hadiah ni. Serius. Thanx sangat2 kat ko. Aku akan simpan sampai aku mati. Sayang gila jat adiah ni and sayang ko sangat-sangat jugak!!

Cantik kan? Buku resepi ni bile bukak boleh berdiri macam kalender.

Buku resepi ni fully coloured. Comei sangat.

~~~
Seterusnya.
Dan untuk seterusnya adalah gambar kek birthday aku. Hehe. Kek yang disusuli dengan sambutan bithday dan kemudian dua serangan ; serangan buih (bukan pesta buih ye) dan juga serangan tepong. Terima kasih kepada planner dan sume2 MTM yang terlibat. Again birthday aku kene masa KKC. Dan kerana itu kat atas kek tu tertera ‘HAPPPY KKC CT MARKONAH WOW!!!’ (aku tau ini idea sape, haha).

~~~~
Dan.
Hadiah yang paling istimewa adalah terkandung dalam kotak hijau pemberian incikhati. Gembira bukan kepalang. Sangat. Apa yang terkandung dalam kotak itu, biarlah aku dan dia je yg tau. Tapi, sepatutnya hadiah ni diberikan dengan keadaan yang istimewa. Tapi, aku telah mem’spoil’kan keadaan. Maaf sangat2. Tapi walau ape pon, aku sangat hargai isi kandungan kotak ijau itu. Terima kasih kepada incikhati. Terima kasih yang amat sangat kerana sentiasa berusaha menggembirakan hati saya. (>.<)


Terima kasih juga kepada semua yang wish. Aku hargainya sangat. Kepada best-fren-forever aku, shida-fira-ct-amy-dal-ecah; thanx kat korang semua di atas sebuah persahabatan yang sangat bermakna. Aku sayang sangat-sangat kat korang. Persahabatan ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam erti sebuah sahabat. Tanpa korang semua, zaman degree aku takkan bermakna. Sayang korang yang amat sangat. Kepada sahabat-sahabat emtiem aku, korang semua juga adalah keluarga besar aku. Seronok bersama dengan korang.

Cioooww

Advertisements

December 10, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

Kini terhapdet blog aku dengan isi ntahpape.

Tiada mood dan idea untuk hapdet blog.
Hari-hari bila online, jenguk blog, then terus tutup.
Bosan barangkali dengan blog sendiri.
Seminggu hampir belalu selepas KKC.
Kenangan yang paling jelas adalah bintik-bintik merah yang gatal ni.
Mesti jadi parut nanti. Huh!! Buruk la kaki aku.
Lupakan soal kaki. Aku nak ucapkan tahniah seribu kali tahniah buat 37 peserta KKC 22, 30 orang fasi (termasuk fasi jemputan) dan pihak pengurusan kerana berjaya menjayakan KKC 22 ni.
Tahniah juga buat pengarah KKC 22; Wok Ida di atas kejayaan KKC 22.
Dan nyata aku sangat risaukan souvenir yang ko dapat dari tangga Sg Dara.
Moga ko cepat sembuh. Dan harap keadaan jd makin better.

~~~
Rumah still sunyi. Mak masih di kampung.
Ayah keje. Adik keje. Malam baru balik.
Kakak? Merambu. Memanfaatkan cuti sekolah dia.
Aku? Hurm, rasa cam nak balik kolej sekarang jugak.
Bosan yang amat duduk kat umah. Sebbek rumah ni tak besar.
Senang nak uruskan kotak empat segi ni.
Dan sebbek kat umah ni ada Bella.
Kucing comel ni la yang wat aku tejaga pagi tadi sebab bising perut dia lapar.
Sori ek Bella, lupa nak letak friskies kat dapur.
Aku tengok Bella. Bella tengok aku. Haha.
Boleh la. Nanti bila aku da belaki boleh la aku tengok laki aku. Ekeke.

~~~

Result aku da cek. Hasilnya macam _________ (isi la sendiri tempat kosong ni).
Sedih sangat dengan result sendiri.
Sepanjang blaja aku tak penah dapat result mcm ni.
Busy sangat ke aku sampai study pon huruhara. Tak jugak rasnya.
Tapi penat itu ya. Agak penat sem ni.
Da tua barangkali.
Saat ni tengah layan lagu The Brantaz. Terbujur kaku. Best.
K la. Nanti bila aku boring nanti aku hapdet lagi k.
Cioowwww.
(Bella, say goodBYE cepat!!) eiyawwww~~~

December 1, 2009. campus life, familia, friends. 10 comments.

~Entri panjang~Agak panjanglah sebenarnya~

Groundfloor mahsuri kolej canselor da senyap sunyi. Hampir 85.9 peratus dari penghuni blok (yakni manusia) da balik ke kampung halaman masing-masing. Kalau dulu, aku adalah salah seorang daripada manusia yang berkobar-kobar nak balik umah tu, tapi cuti semester kali ini, aku lain sikit. Hanya kerana aku bergelar ‘Cik Emtiem’. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tatkala warga kolej yang lain menikmati cuti sem diorang. Semester depan adalah semester ke enam aku. Semester akhir aku berada di UPM. InsyaAllah. Sangat tak sangka, kejap beno-beno masa berlalu. Da hampir enam tahun aku abadikan hidop aku kat UPM. Bermula dengan kehidupan sebagai pelajar Diploma, aku sangat naif dan kebudak-budakkan masa mengenal erti dunia universiti. Selepas SPM, dengan tiada pengalaman langsung hidup berdikari, tak penah basuh baju sendiri, makan emak yang masak, bangun tido ayah yang kejut, bila nangis ada akak yang pujuk, ada adik yang jadi teman gadoh. Tapi bila masuk U, sume kene wat sendiri. Tapi itu semua dulu. Masa zaman diploma. Habis diploma tak tahu arah tuju hidop melainkan dalam kepala hanya terfikirkan nak sambung degree. Ayah kata, tak cukup zaman sekarang dengan diploma. Ayah beria-ria dalam diam nak aku sambung degree. Ye, aku tau segala signal yang ayah bagi. Dan dengan berkat doa mak dan ayah, aku dapat sambung degree. Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia.

~~~~~~~

Fasa kedua hidup di universiti aku dapat rasakan aku menjadi orang yang berbeza. Berbeza dalam banyak perkara. Aku sangat sayangkan fasa diploma aku sebab dalam fasa itulah aku kenal erti persahabatan, the do and don’t dalam friendship, kenal erti matured. Permulaan fasa degree, aku tetapkan matlamat yang aku akan perolehi segala-gala yang aku gagal perolehi masa fasa diploma dulu iaitu segala pengalamana dan ilmu to make myself marketable dalam dunia pekerjaan. ~~~~ Kolej Canselor. Sarat dengan pelbagai memori aku untuk fasa degree. Lebih sarat daripada fasa diploma dulu. Dan nyata fasa degree aku lebih bermakna dan lebih berharga. Dan semester depan adalah semester akhir. Semester yang sesak dengan kerja, kerja-kerja emtiem dan juga project paper. Kadang-kadang rasa takut kalau-kalau aku tak mampu nak berhadapan dengan sume kerja-kerja tu. Masih belum cukup berjasa aku pada kolej. Harapan aku semester hadapan sangat tinggi. Apa harapannya biarlah aku yang faham. Sebab pelbagai perkara yang aku harapkan ; study-emtiem-personal life-famili. Nak nyatakan takut bila tak tercapai malu pulak. Hehe.

::kerja kerja dan kerja:i loike::maaf sgt2 kepada seseorang::

November 15, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 7 comments.

besday.of.my.kakak.sulung

Today i will sit for my 3rd paper of final exam

Until now, i still don get my sleep

Struggle for this paper ‘DCE 3603: Managing Professional Training’

‘Bersengkang mata’ just to memorized all those notes

I didn’t do well on my 1st test

So i need to double up my effort to ensure i can cover the marks that i lost

Right now I really miss my family evendoh i just met them yesterday

Mummy told me a good news about my sister, a very2 good news (wink ^.^)

I pray for ur happiness my sis, coz u are the only sister i have

And today, is your 25th birhtday

I wish the greatest happiness coming tru your life with your lovable person around you

I lurve my sister 🙂 Hepi bday again!

page2e

:: sori i can’t celebs it wif u, got paper maaaa ::

November 2, 2009. campus life, familia, friends, kotak hati kecil. 6 comments.

Habok.Sawang=Da.Bersih.Da

Memandangkan bos aku da bising, katanya tempat ni da behabok. Kene kemaskan. Maka, aku menurut perintah. Bukan apa, masa jadi halangan. Gara-gara lambakan asaimen. Sekarang ni 6 asaimen da anta. Tinggal lagi dua. Satu group-mate Akasia dah tolong combinekan tadi. Maaf kawan-kawan. Sekali lagi saya tak dapat nak involve sebab saya ada tanggungjawab lain. Maaf. Maaf sangat.dan.Terima kasih. Terima kasih sangat.

Hari ini, segala yang ada dalam kepala aku berkecamok. Dalam hati pon begitu. ‘M.A.S.A.L.A.H.’ Aku suka kamu, sebab kamu boleh mematangkan aku. Kamu juga boleh buat aku menilai manusia lain. Saat aku tengah pening dengan masalah yang datang tanpa belum ada jalan penyelesaian, aku dapat extra masalah. Yang makin mengkusutkan keadaan. Dapat ugutan untuk bitau mak. Mak sapa? Sapa-sapa la. Sangat aku tak sangka. Andai perhatian yang diminta, itu bukan masanya. Sangat-sangat bukan. Andai dia fikir itu satu gurauan, dia silap. Sangat-sangat silap. Andai dia fikir itu rajuk, itu bukan rajuk. Sangat-sangat bukan.

Aku ingat itu satu pemulaan baharu. Tapi itu mungkin petunjuk. Buka mata. Buka hati. Buka minda. Aku juga sudah penat.Jangan penat aku bertukar jadi fedap. Bila itu berlaku mungkin segalanya da terlambat. Atau mungkin da terlambat? Tanya pada hati.

silentmonologue: aku baru tau ada lagi masalah baru. aku da makin tak tahan. Tuhan, tolong. aku bukannya kuat untuk hadapi suma ni.

October 30, 2009. 'em-ti'em', campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

~~~saya ada boypren baru

Saya nak bitau

Saya ada boypren baru

Ye! Boypren baru

Dia sangat special, tp dia sensitif sbb dia mudah di-touch

Da lama saya nak tukar boypren saya ni

Tapi tak jumpa yang bekenan

Kawan-kawan yang tolong saya cari boypren ni pon da bahagia dengan boypren masing-masing

Tapi saya masih terus memilih dan mencari

Sebab saya ni cerewet

Nak lain daripada yang lain

Tapi hari sabtu lepas, saya telah disatukan dengan boypren baru saya

Saya rasa sangat hepi

Sekarang ni bila saya tengok boypren baru saya, mesti saya senyum

Sebab saya sayang dia

Sebab saya suka dia

Saya harap dia setia dengan saya

Sekarang kawan-kawan saya tak boleh kutuk saya

Sebab boypren baru saya da boleh ‘gigi biru’

Saya tak sabar nak tunjuk boypren baru saya dengan kakak dan adik saya

Kerana mereka mesti jeles (jeles ker?)

Hurm..k la. Saya nak melayan boypren saya plak.

Incik Nokia 5800 bin Abdullah

October 21, 2009. campus life, for fun, friends, incik hati, melankolik. 18 comments.

~~~Masih Jelas

Hari ini, semalam dan mungkin esok

Aku masih tidak suka dengan perasaan ini

Segalanya jelas tergambar di ruang mata

Aku mahu buang perasaan ini

Buang jauh-jauh. Sejauh yang mungkin. Sedalam yang mungkin. Setinggi yang mungkin.

Tapi aku bukan patung beruang, bukan juga patung Barbie, bukan juga pepatung

Aku dilahirkan dengan hati dan perasaan

Aku wujud tanpa dapat lari dari kekhilafan

Kerana aku manusia, bukan dilahirkan sebagai Nabi yang penuh mukjizat

Dan aku pasti kau juga pernah melakukan kekhilafan, kerna eangkau juga manusia

Dan

Yang pasti

Aku tak suka perasaan ini

Wahai perasaan, boleh pegi main kat tempat lain tak?

Pliiiiizzzzzzzzzzzz

(Tuhan, kembalikan keadaan ini kepada sebelumnya. Aku mohon)

October 15, 2009. 'em-ti'em', friends, kotak hati kecil, melankolik. 7 comments.

~~~Cases

kes 1:

.serba salah.

tersepit di antara perlakuan dan pertuturan

~~~~~~~

kes 2:

.bimbang.

harap itu bukan puncanya untuk merosak segala

~~~~~~~

kes 3:

.keliru.

adakah semua itu dituju padaku

~~~~~~~

kes 4:

.penat.

melayan emosi dan egois perasaan sendiri

October 12, 2009. campus life, friends, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

~~~Surat Warna Kuning

Tadi

Terima satu surat

Warna kuning

Bertulis ” To: Noor Husna Abdul Rahman “

Diletakkan di box mtm

Hurm….

Nak tau ape isinya?

Nak tau ker?

Tabley!!!!

Haha..tak boleh sebok2. Huhu

Tapi………………………………..

October 9, 2009. 'em-ti'em', campus life, friends, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

Malu. Sangat.

Satu pengajaran aku perolehi ini. Mengenali manusia.

Mungkin jika berterus terang tanpa berselindung apa-apa adalah lebih baik.

Biar sakit yang diterima adalah melalui face to face daripada hati tertanya-tanya kenapa air muka berubah rupa.

Malu. Serius aku malu. Tersangat malu. Malu yang amat.

Aku akui memang salah aku. Tapi kenapa perlu mengelakkan diri dari berbicara, duduk semeja, makan bersama.

Tapi tak mengapalah. Andai hatinya sangat sakit atas apa yang aku buat. Aku minta maaf. Da memang salah aku.

Cuma tak sangka akan diberitahu dengan cara begitu. Seolah-olah dah tak sudi untuk hadap muka aku. Jijik barangkali.

Namun, dalam apa keadaan sekalipun, aku masih prefer untuk berterus terang. Its the best way to deal with problem.

~~~~~~~~~~Malu. Sangat.

October 7, 2009. campus life, friends, kotak hati kecil, melankolik, Uncategorized. 6 comments.

Next Page »