~Ini adalah entri baru saya~

Hari ini merupakan hari yang ke 24 selepas umur aku berganjak ke angka 23 tahun. Even umor da rase cam agak tua bangka, tapi untuk besday kali ni aku dapat hadiah yang ‘estemewa’ sgt dari beberapa orang teman aku sangat sayang dlm idop aku. Aku rasa belom telambat aku say thanks kat semua yang memperingati aku (wah, memperingati!)

~~~
Pertama.
Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat dari adik-comel-sekosmet-aku. Aziany Riziana Azahari. Hadiah yang disampaikan di pintu bilik 50 Malinja masa KKC 22 serius wat aku kata “comelnye awak ni Aziany”. She is a very sweet young girl.Thanks sgt2 atas coklat ini. Akak sangat hargainya.

~~~
Kedua. (Part ni aku suke)
Tadi. Ye baru je tadi, aku dapat hadiah dari bff kesayangan. Rashidah Nur Sidek. Huhu. At first aku pegang hadiah tu, rasa cam frame. Sekali bila sampai bilik, aku bukak WAH, BUKU RESEPI. Tajuk buku tu Cooking for Girls. Dan buku tu sangat sweet dan sangat comel. Betul aku tak tipu. Buka tu kaler baby blue dengan tulisan pink. Boleh bukak and dia akan berdiri cam kalender. Dalam tu ada macam-macam jenis resepi, dan yang paling best ade resepi cupcake yang aku nak try. Dan shida bagi buku ni pon sebab cuti aritu aku berkobar-kobar blaja masak sebab rasa umo cam da tua tapi masak still aku tak tau. Haha. (Aku berjaya masak beberapa resepi oke cuti aritu. Tepok tepok). Shida, aku sangat touching dengan hadiah ni. Serius. Thanx sangat2 kat ko. Aku akan simpan sampai aku mati. Sayang gila jat adiah ni and sayang ko sangat-sangat jugak!!

Cantik kan? Buku resepi ni bile bukak boleh berdiri macam kalender.

Buku resepi ni fully coloured. Comei sangat.

~~~
Seterusnya.
Dan untuk seterusnya adalah gambar kek birthday aku. Hehe. Kek yang disusuli dengan sambutan bithday dan kemudian dua serangan ; serangan buih (bukan pesta buih ye) dan juga serangan tepong. Terima kasih kepada planner dan sume2 MTM yang terlibat. Again birthday aku kene masa KKC. Dan kerana itu kat atas kek tu tertera ‘HAPPPY KKC CT MARKONAH WOW!!!’ (aku tau ini idea sape, haha).

~~~~
Dan.
Hadiah yang paling istimewa adalah terkandung dalam kotak hijau pemberian incikhati. Gembira bukan kepalang. Sangat. Apa yang terkandung dalam kotak itu, biarlah aku dan dia je yg tau. Tapi, sepatutnya hadiah ni diberikan dengan keadaan yang istimewa. Tapi, aku telah mem’spoil’kan keadaan. Maaf sangat2. Tapi walau ape pon, aku sangat hargai isi kandungan kotak ijau itu. Terima kasih kepada incikhati. Terima kasih yang amat sangat kerana sentiasa berusaha menggembirakan hati saya. (>.<)


Terima kasih juga kepada semua yang wish. Aku hargainya sangat. Kepada best-fren-forever aku, shida-fira-ct-amy-dal-ecah; thanx kat korang semua di atas sebuah persahabatan yang sangat bermakna. Aku sayang sangat-sangat kat korang. Persahabatan ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam erti sebuah sahabat. Tanpa korang semua, zaman degree aku takkan bermakna. Sayang korang yang amat sangat. Kepada sahabat-sahabat emtiem aku, korang semua juga adalah keluarga besar aku. Seronok bersama dengan korang.

Cioooww

Advertisements

December 10, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

Protected: ~Entri ini untuk IncikHati~

This content is password protected. To view it please enter your password below:

December 6, 2009. incik hati. Enter your password to view comments..

~Lelah~

~~

Bila hilang mungkin aku belajar menghargai.

Kerana aku sedar ego makin meninggi.

Bencilah jika layak dibenci.

Kerna aku sendiri pon tak fahami maksud hati.

~~

December 1, 2009. incik hati, melankolik. 4 comments.

~~ona is getting 23 now~~

Hari ini adalah hari aku meningkat tua. Jumlah aku hidup kat dunia ni da capai 23 tahun. Satu angka yang banyak jika nak dibandingkan dengan tahap kematangatan aku. Dan kali ni besday aku disambut dengan sangat best!! Haha. Dan serangan fasa dua yang aku tak jangka. Tahun lepas besday aku masa KKC dan aku jadi peserta. Kali ni KKC jugak tapi aku sebagai fasi. Dua tahun sambutan besday yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Terima kasih untuk geng emtiem yang merancang plan tersebut.

Mastermind: Aida (aku agak dah), wandy (awak!! a.k.a tukang pegang kek), Qamarul, Ida

Konco-konco: Ajaq, Fad, Not, Megat, K. Shanie, Maziah, Odah, Dalila, Tim, Zai, Marazila, Fidot, Mimi, Ada, Mai, Wong, Ai, Kiran, Alex, Aziany

Memang aku tak sangka aku kene dua fasa serangan. Buih tu memang wat aku pekak kejap. Dan tepong tu memang wat aku buta kejap. Haha. Tapi yang nyata aku sangat hepi. SANGAT SANGAT SANGAT HEPI. Even aku dan korang sume penat dengan segala keje KKC dan program2 lain yang nak kene settle sebelom KKC , tapi aku sangat TACING sbb korang sempat jugak celebs bday aku!!!! Wink wink (>.<). Aku makin sayangkan hubungan emtiem aku. Thnx kepada mastermind yang tersenarai di atas. Dan thanx jugak kepada awak. Tahun ni celebs sama-sama lagi. Hehhe. Dan tak lupe kat my bFF yang wish kat aku~shida, ct, amy, fira, dalila, ecah. Aku sayang korang jugak, sangat2, serius. Dan kepada kawan2 lain yang wish jugak, lin, husna, kak fara, peisha, khayma dll (sori if tak sebut), tnx for your besday wishes. Kepada adik, tnx jugak wish!!

SELAMAT HARI TUA ONA!!!!!!!!!!!!!!

::perlu tunaikan janji along::

::gmbr akan diupload later::tunggu oke::</p

November 18, 2009. for fun, incik hati, kotak hati kecil. 6 comments.

~Entri panjang~Agak panjanglah sebenarnya~

Groundfloor mahsuri kolej canselor da senyap sunyi. Hampir 85.9 peratus dari penghuni blok (yakni manusia) da balik ke kampung halaman masing-masing. Kalau dulu, aku adalah salah seorang daripada manusia yang berkobar-kobar nak balik umah tu, tapi cuti semester kali ini, aku lain sikit. Hanya kerana aku bergelar ‘Cik Emtiem’. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tatkala warga kolej yang lain menikmati cuti sem diorang. Semester depan adalah semester ke enam aku. Semester akhir aku berada di UPM. InsyaAllah. Sangat tak sangka, kejap beno-beno masa berlalu. Da hampir enam tahun aku abadikan hidop aku kat UPM. Bermula dengan kehidupan sebagai pelajar Diploma, aku sangat naif dan kebudak-budakkan masa mengenal erti dunia universiti. Selepas SPM, dengan tiada pengalaman langsung hidup berdikari, tak penah basuh baju sendiri, makan emak yang masak, bangun tido ayah yang kejut, bila nangis ada akak yang pujuk, ada adik yang jadi teman gadoh. Tapi bila masuk U, sume kene wat sendiri. Tapi itu semua dulu. Masa zaman diploma. Habis diploma tak tahu arah tuju hidop melainkan dalam kepala hanya terfikirkan nak sambung degree. Ayah kata, tak cukup zaman sekarang dengan diploma. Ayah beria-ria dalam diam nak aku sambung degree. Ye, aku tau segala signal yang ayah bagi. Dan dengan berkat doa mak dan ayah, aku dapat sambung degree. Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia.

~~~~~~~

Fasa kedua hidup di universiti aku dapat rasakan aku menjadi orang yang berbeza. Berbeza dalam banyak perkara. Aku sangat sayangkan fasa diploma aku sebab dalam fasa itulah aku kenal erti persahabatan, the do and don’t dalam friendship, kenal erti matured. Permulaan fasa degree, aku tetapkan matlamat yang aku akan perolehi segala-gala yang aku gagal perolehi masa fasa diploma dulu iaitu segala pengalamana dan ilmu to make myself marketable dalam dunia pekerjaan. ~~~~ Kolej Canselor. Sarat dengan pelbagai memori aku untuk fasa degree. Lebih sarat daripada fasa diploma dulu. Dan nyata fasa degree aku lebih bermakna dan lebih berharga. Dan semester depan adalah semester akhir. Semester yang sesak dengan kerja, kerja-kerja emtiem dan juga project paper. Kadang-kadang rasa takut kalau-kalau aku tak mampu nak berhadapan dengan sume kerja-kerja tu. Masih belum cukup berjasa aku pada kolej. Harapan aku semester hadapan sangat tinggi. Apa harapannya biarlah aku yang faham. Sebab pelbagai perkara yang aku harapkan ; study-emtiem-personal life-famili. Nak nyatakan takut bila tak tercapai malu pulak. Hehe.

::kerja kerja dan kerja:i loike::maaf sgt2 kepada seseorang::

November 15, 2009. campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 7 comments.

~Tiba-tiba saya rasa macam-macam. Macam best dan tak best. Ape-apelah.

Now, it is my turn to be tagged. Thanx kepada sesiapa yang men-tag itu.Hehe

1. My ex…
boyfren is with sumbody else..do i care?

2. Maybe I should…
turn back time. I will stop him to do  that mistakes. Tiba-tiba teringat pada dia. Wah!

3. I’d love…
to eat and sleep. definitely. no doubt.

4. People would say that I am..
sengal.yup i admit it. so what?

5. I don’t understand….
why certain people love mathematic so much. coz i hate it.

6. When I wake up in the morning…
i will said “oh, da tengah hari rupenye”

7. I trust…
in Allah.

8. Life is…
in your hand.u decide what u wanna be.

9. My past taught me..
that i need to strong.matured oso.

10. I get annoyed when…
people keep telling me dat i’m skinny.haha

11. Parties are..
tupperware party.

12. I wish…
to have hundred wishes. (i wish.amin)

13. Dogs…
is hanjing.hanjing itu haram.

14. Cats…
is bella. kucing itu takot dgn aku stiap kali balik umah.

15. Tomorrow is…
shopping and muvee day with shida.

16. I have a low tolerance for…
people that always spitting at anywhere. no menace oke.

17. If I had a million dollars…
i will send my parent to naek haji. Amin.

18. I’m totally terrified of…
kene gatal2. scary.

19. When I look at the night sky I think…
of my future. (including who my future husband might be)

November 11, 2009. campus life, familia, incik hati, kotak hati kecil. Leave a comment.

~~~why

“A phrasing that’s a single tear
Is harder than I ever feared
And you were left feeling so alone
Because these days aren’t easy
Like they have been once before
These days aren’t easy anymore
Why do you do this to me?
Why do you do this so easily?

You make it hard to smile because
You make it hard to breathe
Why do you do this to me?
To me, to me, to me”

::credit to lur::

November 3, 2009. campus life, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 2 comments.

Habok.Sawang=Da.Bersih.Da

Memandangkan bos aku da bising, katanya tempat ni da behabok. Kene kemaskan. Maka, aku menurut perintah. Bukan apa, masa jadi halangan. Gara-gara lambakan asaimen. Sekarang ni 6 asaimen da anta. Tinggal lagi dua. Satu group-mate Akasia dah tolong combinekan tadi. Maaf kawan-kawan. Sekali lagi saya tak dapat nak involve sebab saya ada tanggungjawab lain. Maaf. Maaf sangat.dan.Terima kasih. Terima kasih sangat.

Hari ini, segala yang ada dalam kepala aku berkecamok. Dalam hati pon begitu. ‘M.A.S.A.L.A.H.’ Aku suka kamu, sebab kamu boleh mematangkan aku. Kamu juga boleh buat aku menilai manusia lain. Saat aku tengah pening dengan masalah yang datang tanpa belum ada jalan penyelesaian, aku dapat extra masalah. Yang makin mengkusutkan keadaan. Dapat ugutan untuk bitau mak. Mak sapa? Sapa-sapa la. Sangat aku tak sangka. Andai perhatian yang diminta, itu bukan masanya. Sangat-sangat bukan. Andai dia fikir itu satu gurauan, dia silap. Sangat-sangat silap. Andai dia fikir itu rajuk, itu bukan rajuk. Sangat-sangat bukan.

Aku ingat itu satu pemulaan baharu. Tapi itu mungkin petunjuk. Buka mata. Buka hati. Buka minda. Aku juga sudah penat.Jangan penat aku bertukar jadi fedap. Bila itu berlaku mungkin segalanya da terlambat. Atau mungkin da terlambat? Tanya pada hati.

silentmonologue: aku baru tau ada lagi masalah baru. aku da makin tak tahan. Tuhan, tolong. aku bukannya kuat untuk hadapi suma ni.

October 30, 2009. 'em-ti'em', campus life, friends, incik hati, kotak hati kecil, melankolik. 6 comments.

~~~saya ada boypren baru

Saya nak bitau

Saya ada boypren baru

Ye! Boypren baru

Dia sangat special, tp dia sensitif sbb dia mudah di-touch

Da lama saya nak tukar boypren saya ni

Tapi tak jumpa yang bekenan

Kawan-kawan yang tolong saya cari boypren ni pon da bahagia dengan boypren masing-masing

Tapi saya masih terus memilih dan mencari

Sebab saya ni cerewet

Nak lain daripada yang lain

Tapi hari sabtu lepas, saya telah disatukan dengan boypren baru saya

Saya rasa sangat hepi

Sekarang ni bila saya tengok boypren baru saya, mesti saya senyum

Sebab saya sayang dia

Sebab saya suka dia

Saya harap dia setia dengan saya

Sekarang kawan-kawan saya tak boleh kutuk saya

Sebab boypren baru saya da boleh ‘gigi biru’

Saya tak sabar nak tunjuk boypren baru saya dengan kakak dan adik saya

Kerana mereka mesti jeles (jeles ker?)

Hurm..k la. Saya nak melayan boypren saya plak.

Incik Nokia 5800 bin Abdullah

October 21, 2009. campus life, for fun, friends, incik hati, melankolik. 18 comments.